Thursday, December 17, 2009

Coretan di angin lalu...


Huuuuhhh…Mengeluh aku sendirian... Entah mengapa tiba-tiba jiwaku bagai di pukul… Aku merintih sendirian.. Entah mengapa suasana petang sebegini aku harus melawan kesakitan yang melanda jiwaku… Jika benar luka itu masih bersisa… Maka aku harus segera melenyapkan semua memori duka…. Sebak rasa dadaku menahan keperitan sebegini… Aku hanya mampu memandang, menanti dan menunggu sampai bila aku harus menerima semua ketentuan yang diperuntukkan buatku… Kadangkala aku rasa tidak adil untuk aku bernafas di bumi ini, namun aku segera menyedarkan diri aku, bahawa setiap kesakitan yang Allah sediakan untukku hanyalah untuk menguji sejauh mana keimanan aku.. aku mengucap.. Ahhh… Tenang sekali melafaz dua kalimah syahadah..Terasa lapang dadaku….

Aku sendiri tidak tahu dimana aku harus mulakan, aku tidak tahu mengapa tiba-tiba hati ini di sentuh duka semalam… Aku sudah berupaya untuk melupakan semua kesakitan yang diberikan, namun tiba-tiba, perasaan itu hadir kembali… Bayangan semalam bagaikan memaksa aku untuk merintih sendiri… Aku jadi rindu pada kenangan lama dan aku begitu sayu sekali bila mengenangkan sekeping hati yang telah di calar balarkan oleh seorang insan yang bergelar kekasih… Sudah puas air mata ini mengalir di pipi… Sudah reda bengkak yang bernanah di hati ini, sudah surut kesedihanku, sudah puas aku memujuk diri… Namun mengapa tetiba bayangan semalam menghambat perasaanku hingga bergenang air mataku…. Ahhh… ku sapu airmata yang hampir mengalir, aku tidak mahu ianya mengalir dipipi ini untuk kesekian kalinya… biarlah ku simpan airmataku ini untuk kegembiraan… Puas sudah ku meratapi sebuah nasib yang diperuntukan buatku… Sehingga kehari ini aku masih lagi mampu untuk terus bersabar dengan setiap kelukaan demi kelukaan… Hati ini bagaikan sudah menjadi lali untuk kesakitan, kelukaan, penindasan, ketandusan!!! Ahhh persetankan semua itu!! Sungguh… Sebenarnya aku tidak mampu lagi untuk meratapi sebuah lagi kelukaan… biarlah pengalaman lalu berlalu bagai angin… Sungguhhhh!! aku sudah tidak mampu lagi, aku sudah tidak kuat lagi untuk memikul bebanan duka.. sekarang aku sudah rasa erti ketenangan..tidak seperti dulu,masalah demi masalah aku pendam,umpama longgokan sampah banyaknya..

Menyesalll??? ahhh…im not like that...langsung tidak terdetik di hatiku, kerana aku sendiri yang memutuskan jalan hidupku, aku lah jugak yang mencorakkannya,. Untuk apa aku menyesal, kerana semuanya kehendak Tuhan… Cuma apa yang aku harapkan… moga ada sinar kebahagiaan buatku…..

nota pesanan : coretan di atas tiada kene mengena dengan sesaper pon..hanyalah sekadar 1 coretan maybe....


No comments:

Post a Comment